Wednesday, May 4, 2011
Kerana Dia Bab 6
BAB 6
“Macam mana ni….macam mana boleh jadi macam ni. Dia orang makan apa malam tadi.Habis tak kan nak tarik diri dari pertandingan ni.Malulah kita nanti.” Kathy bersuara.Kelam kabut Kathy ke hulu hilir memikirkan apa harus di buat.
“Saya pun tak tahu dia orang makan apa malam tadi. Pagi ni aje diorang bertiga kena keracunan makanan. Saya dah bawa ke klinik dan mereka dah tidur selepas makan ubat.” terang pembantu Kathy.
“Apa saya nak buat ni?” keluh Kathy lagi. Ketika itu aku sedang melintas kumpulan Kathy.
“Saya ada idea..tapi tak tahu lah bos kita luluskan atau tidak..saya tak tahu.” tambah Kathy sambil tersenyum kearah ku.
“Kita cuba je lah dari kita duduk tanpa berfikir.”luah pembantunya.
“Awak duduk sini sampai saya datang…jangan kemana-mana.Kalau sesiapa tanya cakap saya pergi berjumpa bos.” Arah Kathy.Pembantu nya hanya mengangguk.
Kathy melangkah menuju ke bilik Encik Zareq dan mengetuk pintu.
“Encik Zareq maaf menganggu….saya ada hal nak cakap.”Kathy memulakan bicara.
“Kenapa ni kelam kabut saje saya tengok awak ni……ada masalah ke..?”tanya Encik Zareq.
“Memang ada masalah…tiga dari ahli pasukan kita menghadapi keracunan makanan…jadi kita tak cukup orang, hanya tinggal enam orang saje termasuk pemain simpanan.”terang Kathy.
“Kenapa boleh jadi macam ni…saya datang sini semata-mata ingin melihat pasukan saya beraksi.Kalau tahu macam ni tak payah lah saya tinggalkan kerja saya di pejabat tu.” marah Encik Zareq.Kathy hanya menundukkan muka ketika Encik Zareq mula meninggikan suara.
“Tapi saya ada idea kalau Encik Zareq mahu terima pendapat saya.” Kathy bersuara lagi untuk mengatasi kemarahan Encik Zareq.
“Cuba terangkan..”tone suara Encik Zareq kembali ke asalnya.Iyelah bukan salah setiausahanya.Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku di masa akan datang.
“Kebetulan kawan saya ada bercuti di sini.Dia adalah salah seorang pemain pasukan saya ketika sekolah dulu.Dia merupakan permain terbaik sekolah kami.Kalau Encik Zareq benarkan saya ingin dia mengantikan pemain kita yang sakit itu.Itu pun kalau Encik Zareq setuju lah.”terang Kathy.
“Boleh ke..?”tanya Encik Zareq.
“Boleh sebab syarat pertandingan hanya lah pemain adalah di kalangan pekerja kita.”terang Kathy.
“Jadi…”tanya Encik Zareq.
“Kita kena masuk kan dia sebagai pekerja kita dan segala-galanya selesai.”tambah Kathy lagi.
“Itu saya tak kisah….tapi dia hendak ke bermain untuk pasukan kita, lagi pun dia tengah bercuti..”tanya Encik Zareq.Tergambar kegusaran di wajahnya dengan apa yang
terjadi.
“Insyallah….itu saya boleh uruskan….Encik Zareq jangan bimbang…saya tahu siapa dia..”tambah Kathy penuh keyakinan.
“Ok lah bawa dia jumpa saya. ”tanya Encik Zareq.
“Baik lah saya pergi sekarang..”Kathy melangkah dan sebelum dia menutup pintu…
“Kathy….siapa nama dia..?”Encik Zareq bersuara.
“Adilla….” Jawap Kathy sebelum berlalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment