Wednesday, May 4, 2011
Kerana Dia Bab 4
BAB 4
Setelah solat subuh aku mengambil angin di beranda.Bergelimpangan kawan-kawan ku tidur.Mana nak cukup 3 bilik untuk 15 orang.Tetapi mereka tidak kisah kerana aku sudah memberi beberapa syarat sebelum mengikuti kumpulan ini.Sedang aku leka, bahu ku ditepuk dari belakang.
“Hai…ingat pakwe ke….?”Mary memecah kesunyian.
“Mana ada Mary…aku tengok suasana subuh….cantik pemandangannya…deruan ombak…haii…entah bila kita dapat beli rumah macam ni kan.”luah ku.
“Kahwin lah dengan orang kaya….apa kau nak semua dapat.”tambah Mary lagi.
“Kau ingat semuanya masalah boleh diselesaikan dengan berkahwin dengan orang kaya ke..”bantah ku.
“Kan orang kaya ni banyak duit…ada duit semua boleh jadi”Mary pula memberi pendapat.
“Bagi aku Mary duit ni tak berbunyi….kau tengok orang tu kaya tetapi poket dia kosong kau tak tahu”tambah ku lagi.
“Biar kita ada seadanya…asal kita tak bermegah-megah dengan apa yang tuhan beri.”luah ku.
“Itu yang aku suka tentang kau ni Dilla…kau tak memilih bulu nak berkawan dengan sesiapa.”akhirnya Mary mengalah.
“Aku ni siapa Mary…hanya hamba di muka bumi ni..”jawap ku.
“Ehhhh…jom kita lepak kat bawah nak tak..”ajak Mary.
“Boleh juga aku pun dah lama tak berjoging.”perlawaan Mary ku terima.
“Ajak bebudak ni lah..”tambah ku.
“Kau kejut lah..aku malas nak kejut diorg ni….buat letih mulut je…”luah Mary.
“Ok…aku kejut diorg…”jawap ku.
Aku memasuki bilik-bilik yang menempatkan kawan-kawan ku.
“Hoi….siapa nak ikut aku jogging kat bawah…bangun cepat kalau tidak…TINGGAL” jerit ku.
Mereka semua terpisat-pisat bangun dan ada yang merungut-rungut.
“Ok lah aku tunggu kau orang semua kat bawah dan dah siap cepat turun.”arah ku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment