Wednesday, May 4, 2011
Kerana Dia Bab 2
BAB 2
Ketika aku keluar rumah tadi cuaca panas terik. Mungkin nak hujan bisik hati ku. Jalan raya penuh sesak apabila aku hendak menyeberangi jalan untuk menuju ke tempat kerja. Ketika aku leka memerhati kenderaan yang bersimpang siur itu kelihatan sebuah motosikal mencelah di deretan kereta-kereta itu. Tetapi bila dia hendak mencelah ke kiri sebuah kereta BMW berwarna kuning tetapi tidak lepas dan membuatkan pemandu kereta BMW tersebut membrek dan arah kereta itu menuju kearah ku. Aku yang dalam keadaan panik segera mengelak dan membuatkan bekalan yang ku bawa terlepas.Aku terduduk di tengah-tengah pembahagi jalan. Nasib baik aku memakai seluar panjang kalau aku pakai skirt tak tahu lah jadi macam mana. Ku perhatikan sekeliling, mamat motor tersebut entah hilang kemana, yang hanya ada pemandu kereta BMW kuning tersebut. Beliau segera keluar dari kereta nya dan menuju kearah ku. Lelaki tersebut terus menghulurkan tangan untuk membantu ku bangun tapi aku tidak menyambutnya kerana segan apatah lagi orang ramai yang tiba-tiba berkerumun.Ya Allah malunya aku. Tetapi kelipan mata lelaki tersebut agar membenarkan aku membantunya menjadikan aku serba salah. Akhirnya tangan ku berada dalam genggaman lelaki tersebut.
“Awak tak apa-apa.? “tanya lelaki tersebut.Aku hanya mengeleng-geleng kepala sambil melibas-libas seluar ku untuk membuang kotoran yang melekat dan sambil tu mata ku memerhati sekeliling.Orang ramai yang berkumpul tadi dah beransur-ansur meninggalkan kami.
“Awak cari apa.?” aju lelaki itu tadi.
“Alamak! bekal saya.” Aku tidak menjawap pertanyaan lelaki itu dan alangkah terkejutnya aku kerana bekal ku betul-betul berada dibawah tayar keretanya. Lelaki itu menjadi hairan apabila melihat wajah ku yang bertukar menjadi muram dan sama-sama memerhati kearah yang sama.
“Maaf! saya tidak sengaja, saya hendak mengelak motor tu dan nasib baik tidak terlanggar awak. Maaf yeh!”lelaki tersebut bersuara dalam keadaan serba salah.
“Takpe, awak tak bersalah. Mamat motor tu yang salah.” jawapku. Aku melihat jam di tangan dan hampir ke pukul 1.00 tengahari.
“Alamak!! saya dah lambat. Saya pergi dulu.” Aku melangkah untuk meninggalkan tempat tersebut.
“Tunggu! saya bayar ganti rugi pada awak.” Lelaki tersebut hendak mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.
“Tak payah encik saya tak rugi apa-apa pun. Hanya bekal yang mak saya bekalkan untuk saya saje. Ok lah saya pergi dulu. Asalamualaikum.”aku melangkah meninggalkan tempat itu. Sempat juga aku melihat lelaki itu terpinga-pinga melihat aku meninggalkan dia dan terus menyeberang jalan.
........
Pada hari tu aku menjadi serba tak kena. Kelam kabut aku membuat kerja.
“Kau ni kenapa? aku dengar kau kemalangan. Betul ke?. ” tanya Kavita.
“Ahhaa…..tapi aku tak apa-apa. Kavita kau boleh tolong aku tak.? Aku cuba memancing simpatinya.
“Boleh! apa salah nya. Kau nak aku tolong apa?” tanya Kavita.
“Temankan aku pergi bungkus masa rehat nanti. Aku takutlah nak naik atas sendiri.” terangku.
“Ok set! nanti kita makan kat atas sajelah. Kau pun dah lama tak makan kat atas tu.” ajak Kavita.
“Ok!” aku bersetuju.
“Betul ke kau tak apa-apa ni? ” tanya Kavita lagi tak puas hati. Aku tahu dia betul-betul ambik berat tentang ku.
“Betul! aku ok. Aku cuma jatuh terduduk je tadi. Malunya kau tahu, rasa nak belah macam tu je. Kau tahu ajelah kat depan Wisma Imbi tu bertapa ramainya umat.” Terangku bersama mimik muka yang keruh.
“Habis orang yang nak terlanggar kau tu tak tolong kau ke? kau tak marah dia ke? kalau aku mesti kena.” marah Kavita bersungguh-sungguh.Gelihati ku melihat gelagatnya yang berlebih-lebih.
“Bukan salah dia Kavita. Dia nak bayar ganti rugi tapi aku tak nak lagipun mamat motor tu yang salah.” aku menerangkan pada Kavita.
“Hansome tak lelaki tu.? Tanya Kavita lagi.
“Lahhhhh….itu pula yang di tanya nya.” aku mengeleng-geleng kepala melihat Kavita tersenyum-senyum macam kerang busuk je.
“Alahhhh…bukanya apa, saje je. Mana tahu kau terpaut sampai dia nak bayar ganti rugi bekal kau pun kau tak mahu.” aju Kavita lagi.
“Bolehlah. Handsome di antara yang tak handsome.” malas aku nak melayan pertanyaan Kavita ni.
“Apa nama dia.? tanya Kavita. Aku yang ketika sedang menulis sesuatu didalam rekod terhenti.
“Ahhaa….aku tak tanya lah nama dia.” terang ku jujur. Memang aku tak tanya nama dia pun. Dia pun tak tanya nama aku.
“Kau ni kan memanglah.” marah Kavita.
“Biarlah, aku malas nak fikir hal ni. Dah lah malu pastu macam orang bodoh terduduk kat pembahagi jalan tu. Eshhhhh….aku tak nak ingatlah fobia ! ” terangku lagi.
“Aku cuba bayangkan kau duduk macam orang gila tengah jalan tu. Kalau akulah terus aku buat-buat pengsan biar lelaki itu angkatkan” usik Kavita dan membuatkan dia ketawa terbahak-bahak. Minah ni kalau bab ketawa bagi kat dia tak tahu malu langsung.
Tiba-tiba Roslan keluar dari setor dan aku segera mencuit Kavita. Roslan memandang tajam kearah kami dan mengeleng-geleng dan terus berlalu.
............
Minggu ni kami betul-betul sibuk kerana ada jualan besar-besaran.Jadi aku terpaksa mengorbankan kelas malam ku.Kami terpaksa berkerja dari pagi hingga ke malam.Nasib baik seminggu saje kalau sebulan pasti banyak yang cuti sakit.Tiada lagi ketawa ria dan nak senyum pun rasa tiada tenaga.Masing-masing sibuk ke hulu ke hilir hanya masa balik saje yang kami berjumpa.
“Apa kata kau orang lepas sales ni kita pergi bercuti.” aku memecah kesunyian.
“Nak pergi mana Dilla.? Tanya Anisah berminat.
“Pergi mana-mana lah. Selama ni kita penat berkerjakan. Sesekali badan nak rehat juga.” terangku.
“Aku tak kisah, kalau nak pergi mana pun. Kalau ramai lagi bagus dan seronok sikit.” sampuk Mary.
“Kalau ramai-ramaikan Mary boleh runtuh hotel tu. Kalau Kavita ada lagilah cepat runtuh.” jawap ku.
“Tak kisah runtuh ke tidak yang penting kita pergi bercuti tapi aku nak perempuan je lah. Tak nak bercampur dengan budak lelaki. Bukan apa, aku tak sukalah kalau budak lelaki ikut yang mana ada pakwe tu berkepit je bukan nak join kita.” luah Anisah.
“Memanglah budak perempuan je. Siapa kata nak ajak budak lelaki nanti mak aku tahu masak aku. Nak mampus tapikan masalahnya satu department hanya dua orang saje yang boleh pergi. Susah kalau cuti tak lulus nanti.” tambah ku pula.
“Tak kisahlah. Engkau, aku dan Mary kan lain department jadi takde masalahnya. Nanti aku ajak Saniah.” jawap Anisah.
“Ok lah tu. Aku ajak Kavita. Kana tak boleh sebab dia dah kahwin pastu aku ajak Lily budak jual jam. Kau orang pun okkan dengan dia lagipun aku tengok dia pun boleh masuk dengan kita. Mary kau nak ajak siapa pula?” Tanya ku pada Mary yang dari tadi diam saje.
“Aku ajak si Dianalah.” jawap Mary.
“Oklah kalau semuanya setuju aku cari tempat. Tepi pantai bolehkan.?” tanya ku.
“Ok juga, kita pergi dari hari Isnin hingga Rabu.” cadang ku. Kerja macam kami tidak membolehkan mengambil cuti pada hari Sabtu dan Ahad kalau tidak ada hal yang mustahak.
“Dah jom bas dah sampai.” Anisah mencuit aku.
Apabila mendengar cerita yang kami hendak bercuti..ramai yang hendak mengikut. Memang disini kawan ku ramai biasalah kerja begini. Setelah mengumpulkan nama lebih kurang ada 15 orang. Akhirnya aku menyewa sebuah apartment 3 bilik di Tanjung Tuan Resort di Port Dickson. Iyelah nak pergi jauh-jauh mana ada kenderaan. Kami mengambil keputusan mejadikan bas sebagai pengangkutan kami sahaja. Mesti seronokkan semuanya perempuan dan tiada budak lelaki. Ramai budak bertanya hanya alasan aku untuk group kaum perempuan Hawa sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment