Wednesday, May 4, 2011
Kerana Dia Bab 5
BAB 5
Aku leka berlari –lari sekeliling gelanggang tennis.Malas rasanya nak pergi lebih jauh.Sambil tu kami membuat aksi yang mengelikan hati.Terbahak-bahak kami ketawa. Hilang seketika kepenatan semalam. Mana tak nya lain yang aku suruh buat lain yang dia orang buat.Masing-masing harus buat satu gaya yang orang lain ikut untuk megeluarkan peluh.Kena pula gaya Kavita yang melucukan.Sampai mengalir airmata ku ketawa di ikuti rakan-rakan yang lain.Sedang aku leka…..tiba-tiba..
“Dilla ada orang panggil lah…”teriak Diana.
Aku yang sedang leka memandang ke laut berpaling.Seorang perempuan sedang berjalan kearah ku…perempuan semalam.Aku sama-sama melangkah kearahnya….sambil tu kami tersenyum dan berlari anak.Bila sudah berdepan mata kami berlaga dan senyuman terukir saja.
“Kathy….!!!!”jeritku…lupa sekeliling.
“Adilla….!!!” Jeritnya.Kami berpelukan dan hilang seketika.
“Heiii…mana kau menghilang….lama aku cari kau….habis sekolah terus hilang tanpa khabar berita…”luah Kathy setelah merenggangkan pelukan.
“Sorry lah Kathy…aku ada…sentiasa ada…tapi masa tak mengizinkan.Kau buat apa sekarang..apa khabar…dah kahwin ke…?”bertubi-tubi soalan ku lontarkan.
“Ehh cik kak kau tak boleh tanya satu-satu ke..? Belum habis satu soalan dah tambah soalan lain…”marah Kathy.Aku hanya tersenyum dan baru aku sedari semua mata memandang kami.
“Kathy…Kathy orang pandang kita lah.Malunya…”bisik ku.
“Tu lah kau…tak pandang sekeliling…kau ingat ni time sekolah ke…”bisik Kathy pula.
“Jom aku kenalkan pada kawan-kawan kerja aku…”aku menarik tangan Kathy.Setelah itu kami duduk berborak sehingga Kathy meminta diri.Rupa-rupanya Kathy ada perlawanan bola jarring hari ini di tempat yang kami bercuti.Kathy mewakili syarikatnya yang mana dia berkerja sebagai setiausaha.
Zareq Haikal
Tidurku menjadi tak lena setelah melihat wajah itu.Wajah itu yang sering bermain-main dalam fikiran ku sejak satu bulan yang lepas.Aku masih ingat kemalangan yang hampir melanggar gadis itu.Gadis itu tidak kisah dengan dirinya sebaliknya memaafkan ku.Aku suka gadis yang begitu yang tidak mengambil kesempatan terhadap kemewahanku.Kalau setengah-tengah gadis sudah tentu mencari jalan untuk mendekati ku.Semalam wajah itu tiba –tiba menjelma di depan mata.Ku sangka aku bermimpi tapi tak kan aku bermimpi berada di Tanjung Tuan Resort ni. Sejak dari dia berlalu ketika taklimat untuk kakitangan pejabat ku yang akan bertanding untuk hari ini hati ku tidak tenteram dan tidur ku jadi tak lena.Ingin aku hampiri gadis itu untuk bertanya namanya dan aku tidak mahu kehilangannya setelah peristiwa satu bulan yang lepas.Tapi memandangkan aku dikelilingi kakitangan ku sendiri segala-galanya terbatas.Ahhhh……mana hendak ku cari gadis itu.Ya Allah Ya Tuhan temukan lah aku dengan gadis ku.
Sayup-sayup telinga ku mendengar suara tawa yang sedap berlagu ketika aku bermalas-malasan di atas katil.Ku hampiri tingkap dan ku perhatikan ke bawah dan kelihatan sekumpulan gadis sedang berlari-lari di sekeliling gelanggang tennis. Aku merasa tidak puas hati kerana ada sesuatu yang menarik di situ.Aku keluar dan duduk di beranda dan memerhati kumpulan tersebut.Mungkin tuhan memakbulkan permintaan ku semalam.
Gadis itu sedang asyik tertawa di samping teman-temannya.Leka sekali aku melihatnya.Hilang segala kekusutan fikiran di sebabkan kerja-kerja yang bertimbun-timbun.Aku ikut ketawa bila melihat aksi teman-temanya dan aku rasa tawa ku bersatu dengan tawa gadis ku.Perasan ke aku ni.Tiba-tiba aku melihat gadis itu berlari dan memeluk seseorang.Kalau tidak salah ku itu adalah setiausaha ku.Apa yang di buatnya dengan gadis tersebut.Mereka bagaikan sudah kenal lama dan duduk berbual-bual sampai lupa sekeliling.Ini peluang keemasan aku pasti tidak kan lepaskan.Tapi bagaimana aku nak memulakan langkah????.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment