Wednesday, May 4, 2011
Kerana Dia Bab 3
BAB 3
Ketika kami sampai di Tanjung Tuan Resort hampir pukul 1.00 petang.Setelah mengambil kunci bilik di kaunter aku segera menuju ke apartment yang kami sewa.Iye lah penat rasanya tak sabar untuk melepaskan lelah.Dari pagi menunggu budak-budak ini.Sebelum berangkat tadi sempat mak berpesan supaya menjaga kelakuan sebagai seorang perempuan.Pesanan mak membuatkan aku teringat Roslan….sama saje…Setelah meletak kan beg, aku terbaring diatas katil yang empuk itu.Aku lihat Kavita dan Anisah berebut-rebut memasuki bilik yang aku huni sekarang ini.
“Nape kau orang ni macam budak kecil je.” tanya ku. Kavita tersengih-sengih menunjuk giginya yang putih bersih itu.
“Aku nak sebilik dengan kau lah Dilla. Boleh kan.?” jawap Kavita dengan mimik muka yang sengaja di buat-buat. Aku hanya menjeling dan menutup muka ku dengan bantal. Anisah hanya mendiamkan diri dan melabuhkan punggungnya disisi ku. Aku bingkas bangun apabila terasa ada tangan mengusap belakang dan berlari-lari di pinggang ku. Ku lihat Kavita tersenyum simpul memandang ku.
“Kau ni apasal! Gatal ke..?” tanya ku tak puas hati.Terkekeh-kekeh gelak Kavita bercampur dengan gelak Anisah.
“Kau orang berdua ni takde keja lain ke ? Dah gatal sangat yeh.” Aku mengamuk dengan kelakuan budak berdua ni.
“Alahhhh...kita orang main-main je lah. Kau ni yang anggap lain pula.” jawap Anisah sambil tertawa.
“Alahhh jangan lah marah. Betul cakap Anisah kami bergurau je Dilla. Dah pergilah mandi.” Pujuk Kavita setelah melihat aku hanya mendiamkan diri.
“Sory geng. Lagipun aku penat sebenarnya sakit kepala dari dalam bas tadi." aku bersuara setelah merasakan diri ini yang bersalah.
“Pergilah basahkan kepala tu pastu makan panadaol. Nah! aku ada bawa.” Kavita bersuara.
Aku baru hendak melangkah tiba-tiba……
“Dilla! meh sini kejap.” Saniah memanggil ku dari luar bilik. Aku keluar di ikuti dengan Kavita dan Anisah.
“Kenapa….?”tanya ku sepatah.
“Kau lihat tu….ada gelanggang tenis lah…esok kita main nak…tapi ramai sangat orang kat bawah tu…macam ada seminar kan”terang Saniah tanpa di minta.Aku hanya memerhati ke bawah.Memang benar seperti kata Saniah.Kelihatan sekumpulan orang yang sebaya dengan kami sedang asyik berborak sahaja dan apabila seorang lelaki di iringi dua orang perempuan tiba…kelamkabut mereka bangun.Mungkin bos mereka agaknya…bisik ku sendiri.
“Ehh…mana budak-budak lain…”soal ku apabila suasana senyap dan ruang tamu yangkosong.
“Mary dan Diana ada dalam bilik dan yang lain turun sekejap nak tengok-tengok tempat makan…Cepat lah mandi lepas tu boleh kita turun makan…” Saniah bersuara mewakili semua yang ada di situ.
“Ok….aku mandi dulu lah Kavita dan Anisah….pastu baru kau berdua ni boleh masuk bilik”luahku sambil memandang Kavita dan Anisah.
“Ellehhhhh….takut sangat…macam lah kita orang ni nak buatt apa-apa dengan dia…Belah lah….kalau malam pertama nanti baru kau tahu….jangan kau nyorok bawah katil udah lah ye……”usik Anisah.Aku hanya menjeling tajam dan Saniah yang tak tahu apa-apa hanya terkebil-kebil memandang kami.
“Kenapa…?”tanya Saniah.Apa lagi pecah lah gelak Kavita dan Anisah.Aku hanya mengangkat tangan dan mengisyaratkan supaya diam.Aku terus masuk kedalam bilik…malas nak melayan kerenah budak dua orang ni.
Setelah selesai mandi kami turun ke bawah dan menuju ke arah kedai makan di situ.Ketika itu kumpulan yang berkumpul tadi masih ada lagi.Kami melepasi kumpulan tersebut dan aku sempat menoleh kearah mereka.Pandangan ku tertacap pada seorang perempuan yang sedang memberi taklimat.Dia pun melihat ku juga.Aku rasa macam pernah berjumpa dengan perempuan tersebut.Yang memeranjatkan ku…perempuan itu tersenyum dan mengangkat tangan secara tak langsung semua mata memandang kearah ku.Aku hanya tersenyum dan mencepatkan langkah menyertai kawan-kawan ku dan tanpa ku sedari ada sepasang mata yang turut sama memerhatiku dari mula aku melangkah ke situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment