Wednesday, May 4, 2011
Kerana Dia Bab 1
BAB 1
“Adilla....kau tak bangun lagi....pukul berapa nak pegi keja ni....budak bertuah ni kalau tak di kejut...mcam tu lah jadi nya..."suara mak yang memecah kesunyian pagi dan mengetuk gegedang telinga aku menjadi kan aku tersentak dari lena yg panjang.
"Iyelah.....iyelah…Dilla bangun lah ni.....mengantuk lah mak...malam tadi kelas habis pukul 10 malam....."aku cuba meminta belas kesian mak dgn menunjukkan muka 10 sen.
"Dah..dah...bangun…..pergi mandi…..tidur pukul berapa pun..anak dara biasa kan bangun pagi....hari ni kerja shif apa..?"tanya mak.
"Dilla kerja shift petang lah, mak ni potong stim lah. Dilla tengah syok tidur ni...."jawap ku pula.
"Amboi sedapnya anak dara bercakap, dah kemas rumah...mak hendak pergi pasar nanti lambat ikan pun habis...langsung Dila tak payah bawa bekal...."tambah mak lagi.
"Ok lah mak ku sayang...Dila kemas cantik-cantik yeh....."janji ku.Mak hanya menjeling tajam pada ku dan senyumanya yang disorok akhir terpamir juga melihat aku mengenyit mata.
Begitu lah aku dan mak...sentiasa bergurau senda.Iyelah ngan siapa aku nak bergurau kalau tidak dengan mak…nak harapkan abang dan kakak ku mereka duduk jauh.Abah….bila mengenangkan abah hati ku menjadi sayu.Hampir 3 tahun abah meninggalkan kami semua akibat sakit jantung.Permergiannya ketika aku hendak mengambil SPM menjadikan dunia ku gelap gelita.Nasib baik mak menjadi pendorong kuat dan aku mengambil kelas malam kerana keputusan yang tidak memuaskan tapi yang penting dalam diri aku abah sentiasa disisi dan janjiku dengan abah akan ku penuhi.
………………………………………………………………………………………………
Seperti biasa kalau aku shif malam, mak akan membekalkan aku makanan kerana aku takut nak naik ke tingkat 3 untuk membeli makanan.Walaupun ramai pengunjung di komplek Sungai Wang ni tapi kalau dah hampir pukul 7 memang jarang ada orang.
Berkerja sebagai Pembantu Jualan memang menyeronokkan apatah lagi bertemu dengan orang ramai…macam-macam kerenah.
Setelah meletak bag ku dalam loker aku menuju ke bahagian ‘hardware’. Disinilah aku ditempatkan bersama-sama dengan kawan-kawan ku.
“Hai cik kak baru sampai ke….berseri nampaknya.”sapa Kana.Dia adalah salah seorang kakitangan disini.
“Iyelah Kana…baru sampai…Kavita dah masuk ke…?”tanya ku pula.
“Belum rasanya…tapi aku rasa dia tengah dating dengan PS kot….”jawap Kana.
“Dia tu kan..kalau dah jumpa PS lupa segala-galanya.”bebelku.Tiba-tiba ada tangan menutup mata ku.Aku terus menjerit dan menjadikan suasana hangar bingar dan suara ketawa kedengaran.Apabila tangan tersebut terlerai ku lihat Kavita menekan-nekan perutnya menahan ketawa.Aku menarik muka masam dan berlalu ke dalam setor.
“Kenapa Dilla….apa yang bising kat luar tadi tu….?”satu suara bertanya.Alamak aku kenal suara tu.Suara Roslan iaitu ketua bahagian ku.
“Takde apa-apa….Kavita kacau saya…”jawap ku.Ku lihat Roslan sedang asyik menulis sesuatu di dalam kertas kerja nya.Bila dia mengangkat muka aku cepat-cepat memandang pada stok-stok yang baru sampai yang masih belum terusik.Aku memang segan dengan Roslan kerana dia memang sentiasa menjaga tatasusila apabila berbicara dengan sesiapa manakala aku pula memang agak ganas sikit…macam terbalik pula.
“Lain kali jangan bergurau macam tu….tak elok pelanggan nampak…jaga tingkah laku…Dilla kan perempuan…takut nanti Bos nampak je….”tegur Roslan.Aku hanya mengangguk kepala macam burung belatuk.
“Dah….pergi duduk luar tengok apa yang boleh di buat.Malam ni ada kelas tak…?’ tanya Roslan lagi.
“Malam ni dan esok saya takde kelas….”jawapku.
“Ok kalau macam tu esok Dilla keja shif malam juga yeh….pastu Lan bagi shif pagi sampai hari minggu boleh tak.?”tambah Roslan.
“Boleh..saya tak kisah….asalkan saya boleh pergi kelas malam…”jawapku.Memang Roslan seorang ketua yang bagus kerana bagiku dia senang diajak berbincang dan sekiranya ada masalah dengan pelanggan yang cerewet dia sama-sama menyelesaikan.
“Hahhh……berangan lah tu…Lan suruh pergi kat luar tu…bukan jadi jaga kat sini” tiba-tiba Roslan bersuara mematikan lamunanku.Merona muka ku apabila di tegur sedemikian rupa.Aku hanya diam dan melangkah keluar dan sampai di pintu….aku berpaling…
“Roslan…terimakasih banyak-banyak diatas segalanya…”aku bersuara dan melangkah sebelum Roslan sempat berkata apa-apa.
Sampai di luar aku mencari kelibat Kavita dan dia sedang melayan seorang pelanggan.Aku hanya membiarkan dia melayan pelanggan tersebut sehingga pelanggan itu menbuat pembayaran.Aku melangkah dan Kavita menyedari dan cuba melarikan diri.Kana hanya memerihati.Baru aku hendak mencubitnya..tiba-tiba…
“Adilla….ikut saya pergi pejabat…”arah Roslan.Kavita hanya tersenyum dan mengangkat ibujari tanganya…dan sempat berbisik…..
“Pergilah pakwe kau dah panggil…nanti tak naik gaji pula….”
Aku hanya menjeling dan memberi isyarat…jaga kau..
……………
“Aduhh…..letihnya hari ni..pelanggan ramai pula hari ni….”aku mengeluh ketika mengambil bag di dalam loker.
“Dilla…kau balik dengan siapa…?”satu suara menyapa.Ku lihat Mary dan Anisah tersenyum kearah ku.
“Nanti sekejap aku fikir….dengan abang bas yang mana satu pulak yeh…”jawap ku.Mary hanya tertawa melihat telatah ku yang mengaru-garu kepala….berfikir lah kononya.
“Dah lah kalau kau nak fikir lagi…kau tinggal…kita orang balik dulu…”Anisah menyampuk..
“Ok…ok…dengan kau orang lah…dengan siapa lagi aku nak balik…..siapalah kita ni…nak ada orang ambil…”aku cuba memujuk Anisah yang sedang melangkah.
“Dah…..cepat nanti bas pukul 10.30 lepas pula….jalan kaki lah jawapnya kita ni nanti…”Mary bersuara.
Kami bagai itik pulang petang……berduyun-duyun keluar dari tempat yang selama ini memberi peluang untuk mencari sesuap nasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment